Harini takde benda nak update. Pagi tadi dah setel teman abah gi buat blood test. Esok baru jumpa doktor.
Keadaan pergi hospital tadi.
Nampak tak plaster bawah hidung tu. Sebenarnya itu adalah teknik menutup jerawat. Haha! Ada jerawat kat situ. Pftt....
Kalau tengok cerita korea kan, dorang memang ada plaster tampal untuk jerawat dan parut kat muka. Sangat best. Ada jual tak kat sini?? Aku pakai ni yang watson punye je. dia memang kecik kecik.
Okey okey, start dari aku bagi free gift mask shiseido haritu, ramai yang tak tau guna. Senang je. Mask yang paket dia warna hitam tu.
Mula-mula korang basuh muka. Lepas tu lap muka. Mask shiseido tu tak perlu bancuh dengan apa-apa. Korang terus tepek kat muka, ratakan. Tapi jangan kena dekat kening dan tempat yang ada bulu-bulu. Jangan terkena anak rambut. Bawah mata pun jangan dekat sangat. Lepas tu tunggu sampai betul betul kering.
Bila dah betul2 kering, ko boleh rasa mask tu akan terkopik sendiri bila ko gerakkan mulut. Masa tu korang dah boleh tanggalkan mask. Tanggalkan tarik je tau. Jangan basuh pulak. Lepas tu rasa kulit best je. Ramai yang suruh aku jual. tapi stok aku susah nak dapat. Jadi tengok macam mana. Kalau senang dapat stok. Aku jual, kalau tak, aku terpaksa bagi free gift je.
Macam nila rupa dia... Oh pasal power bank tu nanti aku cerita tau.
So sapa-sapa yang belum pakai lagi, sila lah pakai dan rasai ke-best-an nya =)
Comments
Meh la visit blog kami :)
beadingcotton.blogspot.com
Meh la visit blog kami :)
beadingcotton.blogspot.com